Orang Pandang Serong Dengan Title Janda, Tapi Jangan Pedulikan – Fatin Afeefa

Hiburan

Orang Pandang Serong Dengan Title Janda, Tapi Jangan Pedulikan – Fatin Afeefa
Bergelar janda di usia muda bukanlah satu perkara yang diinginkan oleh mana-mana wanita. Walaupun kita sudah berada di zaman moden, status “janda” seringkali dipandang hina dan serong oleh masyarakat. Itulah yang telah dan sedang ditempuhi oleh Fatin Afeefa, yang kini hidup solo bersama 2 orang anak hasil perkahwinannya terdahulu.
Tidak dinafikan ramai yang tertanya-tanya bilakah Fatin Afeefa akan menamatkan zaman jandanya, lebih-lebih lagi dengan kejelitaan dan kecantikan yang dimiliki oleh pelakon ini yang pastinya membuatkan ramai jejaka jatuh cinta. Sekiranya anda ada menyimpan niat untuk memperisterikan Fatin, bolehlah simpan jauh-jauh hasrat tersebut. Ini kerana Fatin memaklumkan yang dia tidak lagi mempercayai perkahwinan dan lebih gembira sebagai seorang mak janda.
Fatin juga tidak ketinggalan memberikan sedikit nasihat buat mereka yang turut memegang status ini. Baginya, jangan pedulikan kata-kata orang, sibukkan diri dan fikirkan apa yang kita lakukan adalah untuk anak-anak. Memang satu nasihat yang amat berguna untuk mereka yang sedang melalui proses penceraian ataupun sudah bercerai.
Abang Nara pasti ada di antara pembaca BeautifulNara yang telah menemui kegagalan dalam rumahtangga. Semoga anda tabah seperti Fatin Afeefa dalam menghadapi cabaran itu. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kuatkan semangat, cekalkan hati dan life must goes on. Semoga anda akan bertemu dengan si suami yang lebih memahami anda selepas ini. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...