“Orang Lembut Pun Boleh Bercinta..” Mimpi Nikahi DS Vida, Roslan Shah Mohon Maaf Pada Iqbal

Hiburan

“Orang Lembut Pun Boleh Bercinta..” Mimpi Nikahi DS Vida, Roslan Shah Mohon Maaf Pada Iqbal

Selebriti versatil, Roslan Shah mendedahkan bahawa dia pernah bermimpi mengahwini Datuk Seri Vida dan menganggap perkara itu hanyalah sebagai mainan tidur semata-mata.

Roslan Shah
3 years ago

Merokok Dan Makan Di Tempat Awam, Roslan Shah Kecewa Sikap Segelintir Umat Islam Di Bulan Ramadan

Advertisement

Malah, Roslan memaklumkan bahawa dia telah menghubungi DS Vida bagi menjelaskan kekeliruan terhadap pendedahannya itu, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Roslan dalam pada itu menafikan bahawa dia hanya ingin mencari publisiti murahan atau sebagai strategi pemasaran seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Maaf kata, Cik Lan hanya mimpi saja bukan isu ini serius pun dan sudah hubungi Datuk Seri Vida kasi settle dan tiada niat mencari publisiti murahan atau marketing pun. Tak terlintas di fikiran pun.

Katanya lagi, meskipun dia dilahirkan dengan perwatakan lembut, namun di sisi lainnya, dia masih lelaki dan mempunyai fitrah yang sama seperti manusia lain.

Jodoh, ajal dan maut Allah tentukan. Cik Lan akui seorang lembut dan jangan menghina dan mengutuk dari luaran saja ya tapi sifat kelelakian itu tetap ada dan nafsu..sebagai manusia boleh berubah.

Roslan yang mesra disapa sebagai Cik Lan itu berkata bahawa dia telah memohon maaf kepada bakal suami Vida, Iqbal Zulkefli mengenai kenyataannya yang tular mengenai mimpi tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by roslanshah (@realroslanshah)

Terdahulu, berikutan terlalu kerap berita mengenai kisah hubungan Iqbal dan DS Vida, Roslan memaklumkan bahawa dirinya tiba-tiba sahaja bermimpi telah berkahwin dengan usahawan kosmetik itu.

“Cik Lan mimpi berkahwin dengan Datuk Seri Vida pula. Cik B dan Kacak terima Cik Lan seadanya. Mimpi kali pertama.” tulis Roslan dalam sebuah hantarannya sebelum ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...