Mula dikenali ramai menerusi aplikasi popular Smule, nama Wany Hasrita boleh dikatakan semakin popular apabila single pertamanya Menahan Rindu mendapat sambutan yang baik sehingga beliau layak ke pentas AJL 32. Malah, ada sesetengah peminat yang menjangka beliau bakal menjuarai AJL tahun ini.
Walaubagaimanapun, persembahan Wany semalam tidak seperti yang diharapkan. Ada yang mengatakan suaranya sumbang. Netizen turut berpendapat Wany terlalu fokus kepada drama semasa persembahan tersebut berbanding nyanyiannya.
Bukan mudah untuk bakat baru membuat persembahan secara live di pentas besar seperti AJL. Tentu ada perasaan gementar bukan? Cuba kalau kita yang nyanyi, ketaq tak lutut tu? Hehe..