“Nyanyian Nabila Mengingatkan Saya Kepada Penyanyi Lama Seperti Allahyarham Rafeah Buang” – Azmeer

Hiburan

“Nyanyian Nabila Mengingatkan Saya Kepada Penyanyi Lama Seperti Allahyarham Rafeah Buang” – Azmeer

Meskipun terpalit dengan kontroversi mengenai nyanyiannya, namun tidak dapat dinafikan bahawa lagu ‘Peluang Kedua’ berjaya mencipta fenomena dalam industri muzik tanah air sepanjang tahun lepas.

Malah Azmeer yang juga merupakan antara juri profesional bagi Anugerah Juara Lagu ke-35 turut memuji lagu itu dalam satu wawancara bersama Kosmo! sebelum acara tersebut berlangsung semalam.

Advertisement

azmeer

Bukan itu sahaja, komposer tersebut turut memuji cara nyanyian Nabila Razali yang membuatkannya mengimbas memori penyanyi veteran.

“Jangan pandang rendah kebolehan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Nyanyiannya mengingatkan saya kepada penyanyi lama seperti Allahyarham Rafeah Buang. Kita tidak boleh menafikan pencapaian lagu Peluang Kedua dari sudut komersil dan populariti.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali)

Meskipun kemampuan vokal penyanyi wanita itu mungkin tidak sehebat Jaclyn Victor namun dia mempunyai penghayatan emosi yang tersendiri semasa membuat persembahan.

“Walaupun Nabila bukan penyanyi bervokal hebat seperti Jaclyn Victor namun dia mempunyai keikhlasan dan penghayatan emosi tersendiri ketika menyanyi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Meskipun menghadapi sedikit masalah kelmarin di AJL35, namun pastinya Nabila akan memperbaiki lagi nyanyiannya nanti. Tambahan pula, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di pentas berprestij tersebut.

3 years ago

"Terbaik Untuk Saya" - Persembahan 'Terkucil' Sehingga Trending Twitter, Ini Respon Nabila Razali

Usaha lagi Nabila!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...