Nurul Syuhada Letak Jawatan Bukan Kerana Hijab Atau Isu Bintulu

Hiburan

Nurul Syuhada Letak Jawatan Bukan Kerana Hijab Atau Isu Bintulu

Berita pengacara kesayangan ramai, Nurul Syuhada Nurul Ain meletak jawatan tersebar dengan pantasnya bermula semalam. Ramai yang membuat spekulasi perletakan jawatan ini adalah kerana penghijrahannya dan isu daif Bintulu. Ternyata spekulasi tersebut adalah tidak benar sama sekali.

nurul syuhada letak jawatan

Advertisement

Menurut Nurul Syuhada, dia telah menghantarkan surat meletak jawatan sehari sebelum dia tampil dengan imej bertudung. Ini bermakna isu terlepas cakap “daif Bintulu” juga tidak menjadi faktor kepada perletakan jawatannya. Kata Nurul:-

Surat perletakan jawatan telah saya serahkan sehari sebelum saya berhijrah kepada imej sekarang. Saya harap jawapan ini cukup jelas untik menjawab isu mengenai pengunduran saya bahawasanya ia bukan disebabkan kerana saya sudah berhijab dan ianya juga langsung tidak ada kena-mengena isu yang lagi satu itu. Saya sudah memohon maaf secara terbuka di Facebook dan secara langsung di TV3 mengenai dakwaan mengatakan saya telah memperlekehkan sebuah bandar di Sarawak kerana merujuknya sebagai tempat yang daif sewaktu siaran langsung itu disiarkan pada 31 Ogos lepas. Diharapkan orang ramai jelas dan jangan tersalah tafsir dengan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Kesemua ini saya anggap sebagai satu kebetulan saja iaitu perletakan jawatan, penghijrahan dan isu siaran langsung yang melibatkan saya itu. Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

nurul

Punca sebenar Nurul Syuhada berhenti kerja adalah untuk menumpukan perhatian kepada keluarga sambil berusaha mendapatkan sarjana dalam bidang tamadun Islam atau psikologi. Kata Nurul:-

Ini adalah keputusan yang saya buat setelah memikirkan tanggungjawab kini bukan hanya pada karier semata-mata tetapi juga keluarga. Semenjak bergelar personaliti televisyen, saya belum pernah berehat panjang dan kini saya mahu menumpukan kepada keluarga dan akan menyambung pengajian dalam bidang sarjana tidak lama lagi, InsyaAllah. Dahulu saya pernah sambung belajar sambil bertugas sebagai pengacara tetapi ia tidak dapat diteruskan atas faktor kekangan masa. Jadi selepas ini saya akan meneruskan hasrat untuk memiliki sarjana, mungkin dalam bidang psikologi atau tamadun Islam

Apa pun, good luck and all the best kepada Nurul Syuhada dalam usaha mengejar cita-citanya selepas ini. Semoga turut dimurahkan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata selepas ini. Pasti ramai yang akan merindui kelibat comel Nurul Syuhada selepas ini. Sekali-sekala, buatlah kemunculan istimewa untuk mengubat kerinduan peminat anda. Kredit info portal Murai.

P.S: Kemegahan bangunan Abraj al-Bait.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...