Nur Sajat Berjumpa Dengan JAKIM, Sudah Temui Jalan Penyelesaian Masalah Kekeliruan Jantina?

Hiburan

Nur Sajat Berjumpa Dengan JAKIM, Sudah Temui Jalan Penyelesaian Masalah Kekeliruan Jantina?

Selepas menerima surat terbuka daripada JAKIM, akhirnya Nur Sajat telah pun bertemu empat mata dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof petang semalam. Menurut Sajat beliau kini merasa lega kerana segalanya berjalan dengan lancar.  Sajat turut hadir bersama ibu bapa dan peguam peribadinya.

Advertisement

Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral.

Malah, Dr Izwan menerusi akaun Facebooknya juga menjelaskan bahawa pihak JAKIM sudah menemui jalan penyelesaian terhadap segala perkara yang dikaitkan dengan Sajat selama ini. Walaubagaimanapun,  Sajat dan Dr Izwan tidak mendedahkan butiran lanjut hasil pertemuan mereka semalam.

Kami pasti ramai yang tertanya tentang status jantina sebenar Sajat dan apakah “jalan penyelesaian” yang sudah ditemui oleh pihak JAKIM berkaitan isu tersebut. Rasanya tidak salah untuk mereka berkongsi hal itu agar orang ramai tidak terus keliru dan mencetuskan pelbagai lagi spekulasi liar.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...