“Not My Problem” – Pesakit ‘Ajar’ Ahli Farmasi HKL Biadap, Terus ‘Report’ KKM

Kehidupan

“Not My Problem” – Pesakit ‘Ajar’ Ahli Farmasi HKL Biadap, Terus ‘Report’ KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) bermula April tahun lalu, untuk memudahkan para pesakit serta ahli farmasi dan melalui perkhidmatan itu, pesakit boleh memilih untuk ambil ubat secara temujanji atau pos.

Namun, baru-baru ini timbul satu isu dimana pengguna Facebook berkongsikan pengalamannya berurusan dengan ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur yang didakwa biadap.

Advertisement

Menurut pengguna bernama Syafarizal itu, pada 10 Januari lalu dia telah pergi ke HKL dan mendakwa dirinya diminta untuk mengambil ubat setiap dua minggu sehingga bulan Jun.

Disebabkan jejaka ini menetap di Sungai Buloh, dia telah meminta ahli farmasi disitu untuk menghantar ubat di rumahnya melalui MyUbat seperti sebelum ini, tetapi ahli farmasi yang bertugas ketika itu berkata tidak boleh dan Syafarizal perlu datang ke HKL sendiri untuk ambil ubat.

Apabila beliau memberitahu keadaan kesihatannya kronik dan akan jadi teruk jika terlepas mengambil ubat, ahli farmasi terbabit dengan biadapnya tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh jejaka itu.

NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat pergi lah kat hospital lain pulak.)

Kerana merasakan perlakuan ahli farmasi itu kurang ajar, beliau telah merakam perbualan mereka dan mengambil nama ahli farmasi tersebut kerana akan membuat aduan kepada KKM.

Setibanya di rumah, Syafarizal mendapat panggilan dari HKL dimana seorang ahli farmasi meminta agar isu ini tidak dipanjangkan kepada KKM dan dia turut menawarkan untuk menghantar ubat melalui MyUbat.

kome facebookSumber : Facebook 

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji tindakan tegas yang diambil oleh lelaki terbabit keatas ahli farmasi itu.

2 years ago

“Kami ‘Standby’ Kalau Diserbu” - Kebanyakan Peniaga Jadikan Pelitup Muka Sekadar ‘Aksesori’

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...