Video lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh bogel sambil lincah menari dengan aksi ghairah di majlis perkahwinan pelakon dan model, Ahyra Rosli mengundang kecaman netizen. Kata mereka, majlis tersebut dicemari dengan aksi maksiat selain memberikan pengaruh buruk kepada tetamu yang hadir.
Pelakon Normah Damanhuri yang juga ibu kepada Ahya bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai video itu yang sudah viral.
Saya tak nak komen lebih-lebih. Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita. Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah.
Terdahulu, Ahya berkata beliau tidak kisah dengan kecaman netizen kerana tidak melakukan kesalahan dan persembahan itu hanya sekadar hiburan sahaja. Sepatutnya, ia tidak perlu jadi satu isu yang besar.