June 5th, 2018

Sekian lama bersengketa,akhirnya Fasha Sandha minggu lalu mengumumkan beliau dan Nora Danish sudah berdamai demi kebaikan anak-anak mereka yang mempunyai talian persaudaraan dan demi  keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak.

Menerusi akaun Instagramnya, Nora yang bersyukur akhirnya masalah antara mereka bertemu nokhtanya memuat naik perjanjian mahkamah antara mereka berdua.

Nora berharap Fasha dapat memenuhi setiap ‘aku janji’ yang telah dipersetujui pada sesi mediasi yang berlangsung pada 22 Mei lalu.

Fasha akui keputusan beliau untuk berdamai dengan Nora bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak. Segala isu dan kemelut beliau bersama Nora sudah tamat dan tidak akan memberikan sebarang komen lagi berhubung perkara tersebut.


30 responses to “Nora Danish Harap Fasha Sandha Penuhi Aku Janji, Syukur Sengketa Sudah Berakhir”

  1. Anonymous says:

    Mana taknya. Nora Danish saman dia 20 juta. Terpaksa la minta maaf sebab secara terang-terangan memang Fasha mengaibkan dia. Yang tak berkenan dengan Fasha ni, asyik-asyik guna anak-anak. Kalau tak kerana peluang tipis untuk menang dan takut kena bayar 20 juta mustahil kau nak minta maaf tapi nak cover malu sebab cakap lepas jadi gunalah pendekatan anak-anak. Lepas tu semua puji dia baik hati mulia sebab sanggup minta maaf dulu sedangkan aku rasa Nora lagi baik sebab sanggup tarik balik saman bernilai 20 juta. Ingat netizen lupa apa kau tulis, kau kata ada bukti dan saksi. Kau tak takut kena saman dan kau nak saman Nora balik pastu berlagak dulu Nora saman kalah. Aku rasa macam Nora sengaja lewat upload dia punya post sebab nak tengok apa yang Fasha post. Tengok Fasha punya post macam dia baik sanggup beralah demi anak dan last-last bila Nora upload dia punya baru tahu itu hanya perjanjian perdamaian bagi mengelakkan kena saman. Siap buat aku janji lagi. Lepas ni Fasha dah tak boleh sewenang-wenangnya nak kutuk Nora dan co.

  2. prihatin says:

    takkn status maaf satu pihak je…. pada ai nora pun ada gk salah dia… sama2 mintak maaf kan bagus…

  3. narleen says:

    naik gila buka BN dekat phone. langsung tak boleh scroll sebab banyak iklan. buka dekat PC aman sikit. kena boikot BN ni.

  4. anonymous says:

    Friendship doesn’t need undertaking letter signed in court. A hug and saying you’re sorry is good enough. Aku janji ni adalah untuk berdamai. Kemungkinan utk berbaik sampai bole ngeteh, shopping sama-sama mungkin tidak. But then again, we’ll never know. Sbb anak-anak mereka ada pertalian darah. Mungkin bole bawak anak-anak picnic, outing sama-sama.

  5. Anonymous says:

    IKLAN BNARA YG BERDUYUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN! Apakah motif Nara?

Loading...