“Niat Tak Menghalalkan Cara” – Ustaz Tegur Tindakan Ibu Bapa Letak Mainan Dekat Kubur Anak

Kehidupan

“Niat Tak Menghalalkan Cara” – Ustaz Tegur Tindakan Ibu Bapa Letak Mainan Dekat Kubur Anak

Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan orang yang tersayang buat selama-selamanya, perkara itu semestinya membuatkan ahli keluarga yang hidup terkesan dari segi emosi.

Namun begitu, niat tidak menghalalkan cara, perasaan rindu bukanlah sebab untuk umat Islam melanggar hukum-hukum yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Advertisement

Berikutlah perkara yang terjadi melalui perkongsian di media sosial TikTok oleh Ustaz Azmi di mana dia terperanjat apabila pergi ke tanah perkuburan kawasan kanak-kanak yang telah dipenuhi dengan barangan-barangan permainan.

Tindakan itu merupakan sesuatu yang dilarang dalam agama Islam kerana ia adalah perkara yang bercanggah dengan ajaran agama.

Dalam video TikTok itu, ustaz tersebut menegur mana-mana individu yang melakukan perkara berkenaan agar berhenti berbuat demikian dan tidak dijadikan ‘budaya’ sebagai umat Islam.

Selain itu, Ustaz Azmi juga berkata bahawa salah satu cara untuk mengubat rindu kehilangan insan yang tersayang, adalah lebih baik untuk umat Islam mengirimkan doa kepada Allah SWT.

Walaupun begitu, perkara yang terjadi dikatakan bukannya berlaku di Malaysia tetapi di negara jiran Singapura.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong teguran Ustaz itu dan berharap supaya saling ingat mengingati agar tidak sesat semakin jauh daripada ajaran agama.

2 years ago

(VIDEO) Terlalu Rindu Arwah Ibu, Kanak-Kanak Menangis Di Sebelah Pusara Ibu Buat Warganet Rasa Sedih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...