“Niat Bagi Insaf Atau Memalukan?”- Tular Video Lelaki Tegur Wanita Seksi, Izara Aishah Punya Pandangan Tersendiri

Hiburan

“Niat Bagi Insaf Atau Memalukan?”- Tular Video Lelaki Tegur Wanita Seksi, Izara Aishah Punya Pandangan Tersendiri

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki didakwa telah menegur seorang wanita yang berpakaian agak seksi.

Wanita itu kemudiannya dipertahankan oleh suaminya yang turut berada di tempat kejadian sehingga menimbulkan situasi tegang.

Advertisement

Video itu ternyata bukan sahaja menarik perhatian netizen malah selebriti terkenal, Izara Aishah yang tampil memberikan pandangannya mengenai kes yang tular itu.

Kata Izara dalam untaian Tweet di akaun Twitter miliknya, perbuatan menegur seperti yang dilakukan lelaki itu sebaiknya dilakukan oleh sesama jantina kerana lebih berhemah.

Kalau ye nak tegur sangat sebetulnya minta yang wanita dari kenalan pak cik tegurkan. Si suami ni dah la mualaf. Dia marahkan pak cik tu kerana tak hormatkan isterinya. Sebab tu dia tak dapat nak kawal kemarahan.

Ciap Izara lagi, niat menegur sepatutnya memberi keinsafan dan bukannya memalukan seseorang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sependapat dengan Izara dan berharap orang ramai lebih sensitif dan peka ketika mengendali permasalahan seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tutorial tudung izara aishah
2 years ago

Peminat 'Request' Tunjuk 'Tutorial', Gaya Tudung Izara Aishah Kini Jadi Ikutan Ramai Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...