“Ni Tanda ‘Service’ Lambat!” – Menyempat Nak Rakam, Pemilik Restoran Dikecam ‘Sidai’ Rider?

Kehidupan

“Ni Tanda ‘Service’ Lambat!” – Menyempat Nak Rakam, Pemilik Restoran Dikecam ‘Sidai’ Rider?

Sering kali kita dengar netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan khidmat penghantaran makanan di media sosial.

Bagaimanapun, keadaan berlaku kadang kala bukanlah salah rider terbabit tetapi ia juga melibatkan tempat restoran dimana pelanggan membuat pesanan.

Advertisement

Untuk seseorang yang bekerja sebagai penghantar makanan, situasi apabila ‘disadai’ sudah pasti merupakan satu hal yang menyusahkan.

Melalui perkongsiaan satu video yang dimuat naik oleh seorang pemilik restoran, ia dapat dilihat sekumpulan rider sedang menunggu pesanan di luar kedai.

Di dalam video terbabit, pemilik restoran itu mengucapkan rasa syukur kerana restorannya mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai.

komen tiktok

Biarpun pemilik rasa syukur dengan kehadiran abang-abang rider itu, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza, dimana merasakan tindakan pemilik tersebut merakam pada waktu itu sama sekali tidak sesuai.

Pada pandangan mereka, membantu untuk mempercepatkan servis lebih baik dari merakam, malah ada juga berpendapat sepatutnya pemilik harus memberi rider itu semua minuman percuma, memandangkan proses pembuatan makanan agak lambat.

rider
2 years ago

“Bawa Makanan Bukan Sampah” - Lelaki Tegur Beg Berdaki, Sekali Abang ‘Rider’ Bersuara...

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...