“Ni La Orang Kata Terpaling Polis” – Asyik Buat ‘Content’ TikTok Waktu Kerja, Polis Sebenar Tegur Akak PB

Kehidupan

“Ni La Orang Kata Terpaling Polis” – Asyik Buat ‘Content’ TikTok Waktu Kerja, Polis Sebenar Tegur Akak PB

Kadang kala kita ada nampak individu yang bekerja dalam badan beruniform memuat naik video ketika mereka sedang bertugas dan upload di TikTok.

Malah, sebelum ini seorang anggota polis pernah membuat siaran langsung ketika dalam tugasan sehingga menyebabkannya dikenakan tindakan lanjut.

Advertisement

2 years ago

Teruk Dikecam Netizen, ASP Wanita Buat 'Live' TikTok Waktu Serbuan Masih Bertugas Seperti Biasa Tapi...

..

Tindakan itu menerima kritikan segelintir netizen yang berpendapat mereka ini melanggar etika kerja apatah lagi bekerja sebagai pihak berkuasa.

Video TikTok dimuat naik oleh seorang wanita mendapat perhatian seorang pemuda baru-baru ini di mana dia mempersoalkan motif rakaman tersebut dibuat.

Menerusi beberapa video, wanita yang merupakan polis bantuan itu dilihat memakai uniform dan telah dikritik kerana selalu membuat content ‘merepek’.

Tindakannya itu dikatakan membuat nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercemar atau ‘busuk’ kerana ramai beranggapan bahawa wanita berkenaan merupakan anggota polis.

Polis bantuan! Kenapa polis marah sangat kat diorang ni? Sebab diorang ni kadang kadang buat video main bedal semacam je.”

@khaimie9

Polis bantuan!!!kenapa polis regular marah sangat kt diorang ni?sbab diorang ni kadang2 buat vdeo main bedal semacam je,.org awam mna bleh beza pb dengn regular,yang diorang ini polis!dah la tag kat baju tulis polis,sepatutnya polis bantuan,apa yg kau cuba sampaikan ni?jenis rekrut sekejap lepastu sarung uniform ni la jadinya.,.

? bunyi asal – Khai – Khai

Kata pemuda itu lagi, tidak semua orang awam tahu membezakan seorang polis atau polis bantuan namun hanya dengan uniform begitu sahaja netizen akan menganggap dia adalah polis.

Perkongsian pemuda tersebut meraih perhatian netizen yang turut memerli tindakan wanita itu membuat content ‘tanpa motif’ hanya kerana mahu mendapat ‘views’.

Segelintir netizen menghentam wanita berkenaan kerana tidak menunjukkan contoh yang baik serta boleh membuatkan PDRM dikecam oleh rakyat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...