Sejak beberapa minggu lalu, isu rumah tangga dan kes perceraian Intan Liana Salleh dan Ude Wahid mendapat perhatian bukan sahaja oleh netizen tetapi pihak media. Namun, seperti yang anda maklum, pasangan ini sudah pun bercerai talak satu pagi tadi.
Redha perkahwinannya tidak dapat kekal lama, muat naik terbaru Intan menerusi akaun Instagramnya yang bersyukur segalanya sudah berakhir mendapat reaksi positif daripada netizen.
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Intan agar wanita itu kekal tabah demi anak-anaknya dan berharap Intan dapat “move on” serta dimurahkan rezeki.
Bercerai bukan bermakna hidup seorang wanita itu sudah berakhir ataupun masa depannya kelam tetapi sebenarnya permulaan untuk sebuah kehidupan baru tanpa penderitaan dan juga untuk mengecapi kebahagiaan yang lain pula. Semoga Intan kekal tabah!