Netizen Sedih Tonton Video Ardell Aryana Berkerusi Roda

Hiburan

Netizen Sedih Tonton Video Ardell Aryana Berkerusi Roda

Baru-baru ini, pelakon Ardell Aryana dikatakan sedang menghidapi kanser tahap tiga apabila seorang rakannya menerusi akaun Instagram memberikan kata-kata semangat untuk aktres itu menjalani terapi. Namun, khabar itu masih menjadi tanda-tanya kerana tiada sebarang pengesahan lanjut berhubung sakitnya itu daripada pihak Ardell sendiri.

Advertisement

Terbaru, video ucapan khas Ardell bersempena dengan hari jadi ibunya yang tercinta membuatkan hati netizen sedih apabila beliau kini dilihat sudah berkerusi roda. Ia menguatkan lagi dakwaan mengenai tahap kesihatan beliau yang sudah merosot.

Sebak dan bergenang air mata saat menonton video tersebut, netizen menerusi ruangan komen tidak henti berdoa agar Ardell tabah menghadapi dugaan ini dan agar beliau diberikan kesembuhan.

Berilah Ardell ruang dan masa untuk menerima segala ujian dan penyakit yang beliau hidapi sekarang. Apa-apa pun, kami harap Ardell tidak cepat mengalah ya. Ramai mendoakan yang terbaik buat anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...