Netizen Sebak Lihat Anak Rita Rudaini Teruja Tengok Bola Dalam Hujan, Terlalu Rindukan Bapanya

Hiburan

Netizen Sebak Lihat Anak Rita Rudaini Teruja Tengok Bola Dalam Hujan, Terlalu Rindukan Bapanya

Berkesempatan untuk membawa anak-anaknya menonton perlawan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di sebuah restoran mamak, Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi video saat momen anaknya bersorak gembira apabila Harimau Malaya berjaya ke peringkat akhir.

Advertisement

Menerusi kapsyen yang ditulis, Rita memberitahu betapa terujanya anak beliau sehingga sanggup menonton perlawanan bola sepak itu didalam hujan di sebuah restoran mamak.

Kesungguhan anak sulungya itu memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak pelakon itu yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.

Terdahulu, Rita mendedahkan ada pihak yang tidak senang duduk apabila dia ingin berbaik semula dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak  walaupun demi anak-anak sehingga cuba melagakan mereka dan membiarkan anak-anak menjadi mangsa, tidak dapat merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.

Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...