Netizen Puji Hanbyul Nyanyi ‘Vroom Vroom’ Lagi Best Daripada Nabila Razali

Hiburan

Netizen Puji Hanbyul Nyanyi ‘Vroom Vroom’ Lagi Best Daripada Nabila Razali

Memang sudah menjadi lumrah manusia suka membuat perbandingan. Itulah yang terjadi apabila Hanbyul, penyanyi dari Korea menyanyikan lagu “Vroom Vroom” nyanyian asal oleh Nabila Razali di pentas Big Stage 2019. Rata-rata netizen mengkagumi mutu nyanyian Hanbyul dan ramai yang bersetuju ia adalah lebih best dan sedap berbanding Nabila Razali. Sebutannya pun sangat jelas dan lancar. Siap dapat standing ovation daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Judika.

hanbyul vroom vroom

Advertisement

Lebih mengkagumkan, nama Hanbyul menjadi trending di laman sosial Twitter. Namun kalau anda adalah Nabila Razali, sedikit sebanyak pasti sedih dan terkilan membaca komen-komen yang dilemparkan di laman sosial tersebut.

hanbyul vroom vroom

Betul ke Hanbyul nyanyi lagi best daripada Nabila Razali? Korang kena tengok video di bawah untuk buat penilaian sendiri:-

Akan tetapi, Nabila Razali tidak ambil pusing dengan perbandingan tersebut, malah memuji Hanbyul kerana berjaya membawakan lagu nyanyiannya dengan begitu baik sekali. Kata Nabila:-

Saya sedar ada yang membandingkan cara nyanyian kami, ada yang kata dia nyanyi lagu Vroom Vroom lagi baik dari saya. Saya tak kisah tentang komen penonton itu, cumanya pada saya tak perlulah ada perbandingan begitu. Setiap penyanyi ada cara tersendiri nak sampaikan lagu dan dalam pertandingan setiap peserta pastinya akan buat lebih baik daripada penyanyi asal.

Kalau kita tengok artis luar negara pun banyak buat cover lagu orang lain dan lebih sedap berbanding penyanyi asal, tapi orang tak kata… peliknya asal Nabila Razali mesti ada salah. Saya sangat bangga dan rasa terharu apabila orang luar mampu bawa lagu itu dengan baik mengikut caranya sendiri. Dia sangat bagus!!!

hanbyul

Ada betulnya juga kata Nabila Razali itu kan? Memang kebiasaan cover lagu akan lebih best berbanding penyanyi asal. Kalau sama je, baik tak payah cover lagu kan? Apa pun Abang Nara suka dengan fikiran positif Nabila yang tidak memandang negatif kritikan netizen. Semoga nanti Hanbyul dan Nabila akan dapat berduet di atas satu pentas. Barulah meletup kebabom. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...