Netizen Perasan ‘Hint’ Aisyah Hijanah Bagi Menerusi ‘Caption’ Video Bersama Anak – “Jadi Wanita Baik, Jangan Rosakkan Hidup Orang Lain”

Trending

Netizen Perasan ‘Hint’ Aisyah Hijanah Bagi Menerusi  ‘Caption’ Video Bersama Anak – “Jadi Wanita Baik, Jangan Rosakkan Hidup Orang Lain”

Sejak awal minggu ini, nama pasangan pempengaruh Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah  menjadi sebutan dan hangat diperkatakan.

Pengakuan Alif tentang bernikah dengan wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah telah membongkarkan banyak lagi perkara lain termasuklah dakwaan bahawa dia pernah memukul Aisyah.

Advertisement

aisyah hijanah
3 months ago

"Harini Abang Akan Masuk Lokap!" - Tular 'Voice Note' Aisyah Hijanah Kecewa Dikasari Alif Teega

Sejak pengakuan itu juga, akaun media sosial Aisyah seperti Instagram dan TikTok menjadi tumpuan malah ramai yang scroll semula video-video lama dimuat naik olehnya.

Konten video Aisyah bersama anak perempuannya, Khadeejah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya berkata dia sebenarnya pernah memberikan banyak hint menerusi caption.

Seperti hantaran tersebut, caption Aisyah yang merupakan ucapan terhadap Khadeejah itu dikatakan seolah-olah ditujukan kepada wanita lain.

Semoga membesar jadi wanita yang baik, tak merosakkan hidup orang lain, tak ambil kesempatan atas kebaikan orang lain dan tak mengharap orang lain. Jadi anak yang tak mengadu sedih dengan orang yang tidak sepatutnya.

@aisyahhijanah #bismillahimasyaAllah ♬ Heartbeat (From “Kal Ho Naa Ho”) (Instrumental) – Shankar Ehsaan Loy

Video itu dimuat naik pada bulan Oktober yang lalu dan menerusi ruangan komen ramai wanita memberi respon berkata selama ini orang tidak perasan dengan setiap hint itu.

Ramai turut mendoakan agar Aisyah diberikan kekuatan selepas berada di dalam situasi sebegini serta berharap agar Khadeeja menjaga ibunya dengan baik.

Nampak hint dalam caption. Bagus Khadeeja, jangan jadi macam Fatin Umaidah.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...