Netizen Kritik Suhaimi Saad Kutip Derma Reuniteam Tanpa Pengetahuan Inteam

Hiburan

Netizen Kritik Suhaimi Saad Kutip Derma Reuniteam Tanpa Pengetahuan Inteam

Seorang Netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Suhaimi Saad telah melancarkan sebuah tabung bagi mengutip derma untuk Konsert Reuniteam tanpa pengetahuan ahli Inteam yang lain.

Advertisement

Konsert tersebut berlangsung malam tadi di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan. Ia menggabungkan empat ahli kumpulan In-Team iaitu Syam, Amin, Syah dan Rahim bersama Suhaimi yang merupakan bekas anggota Inteam di mana mereka mempersembahkan 15 buah lagu.

Bagaimanapun, Suhaimi telah melancarkan kutipan derma untuk kos penganjuran konsert tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Menjawab persoalan Netizen, Inteam kemudiannya menerangkan bahawa pelancaran tabung itu tanpa persetujuan dan pengetahuan ahli Inteam sejak awal..

Tiket konsert Reuniteam telah dijual pada harga  RM100 (Gold), RM50 (Silver) dan RM20 (Bronze). Ia  bertujuan untuk mengembalikan era kegemilangan muzik nasyid kepada khalayak, tetapi ia juga salah satu medium dakwah kepada masyarakat.

Dewan yang digunakan sebagai lokasi konsert tersebut mampu memuatkan 900 orang penonton. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...