Netizen Kritik Ruhainies Kongsi Video Gomol Haiwan Spesis Hampir Terancam

Hiburan

Netizen Kritik Ruhainies Kongsi Video Gomol Haiwan Spesis Hampir Terancam

Dalam satu muat naik di Instagram, pelakon Ruhainies telah memuat naik satu video menunjukkan dia bermanja dengan seekor lutong yang masih bayi dalam sebuah kereta.

Video yang dikongsi Ruhainies bagaimanapun mendapat kritikan orang ramai kerana mempromosikan haiwan terancam sebagai binatang peliharaan.

Advertisement

Seorang pengguna Twitter, Ili Zuhaili menulis:

Bila orang ramai nak sedar yang haiwan liar duduknya dalam hutan dan tidak sepatutnya dijadikan binatang peliharaan tak kira anda rasa secomel mana pun binatang itu. Mengongsi video seperti ini hanya menambahkan masalah kepada spesis hakwan yang dah memang terancam seperti Lutong (dusky leaf monkey).

Ili Zuhaili menambah:

This while it looks like she’s being gentle and whatnot, I can assure you that the poor creature is actually distressed.

People with money should spend it on conservation efforts instead of purchasing these “exotic pets” if indeed they care or like these particular wildlife at all.

Got money? Fund conservation efforts and see these animals prosper in the wild, where they belong.

Wildlife aren’t accessories or your ticket to quick internet fame. Get over yourselves.

(Di sini, walaupun dia (Ruhainies) nampak lembut, saya boleh sahkan yang lutong itu sebenarnya terganggu.

Orang berduit patut membelanjakan duit pada usaha pemuliharaan haiwan terancam bukannya membeli ‘binatang peliharaan eksotik kalau mereka benar-benar peduli atau sukakan haiwan liar seperti ini.

Ada duit? Bantu sumbang dana pada usaha pemuliharaan dan biarkan haiwan seperti ini hidup gembira di hutan, tempat mereka sepatutnya berada.

Haiwan liar bukan aksesori atau tiket segera untuk dikenali di Internet. Bawa sedar diri.)

Tinjauan penulis di Instagram Ruhainies mendapat Netizen juga memberi komen bahawa dia tidak sepatutnya memuat naik video yang menunjukkan lutong sebagai binatang peliharaan.

Bagaimanapun, kapsyen Ruhainies pada video itu menggunakan hastag #wishyouweremine menandakan ia bukan miliknya. Diharap Ruhainies lebih berhati-hati mengenai perkara ini di masa akan datang. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...