Kemunculan pertama Janna Nick dan Ajak Shiro sebagai pengacara baru Melodi TV3 semalam mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mengkritik mereka berdua “kayu” walaupun program itu baru sahaja beberapa minit bersiaran.
Janna yang sedar dirinya dan Ajak menjadi bualan hangat di Twitter meminta agar orang ramai memberikan mereka peluang memandangkan mereka masih lagi baru mengacarakan program tersebut.
Dah tular di Twitter mengatakan kami kayu. Jangan macam itu, kami masih baru. Baru satu episod, tunggulah sampai habis. Apa pun, terima kasih kepada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini.
Ini adalah penampilan pertama saya sebagai pengacara. Tidak dinafikan memang wujud perbandingan dan teguran. Saya okey dan tak kisah. Sebaliknya saya menjadikan ia sebagai satu bentuk pembelajaran untuk memperbaiki diri. Cuma, saya berharap setiap teguran biarlah yang membina.
Relaks dulu, biasalah kali pertama kalau kita lakukan benda baharu tidak semua akan jadi sempurna bukan? Berilah Janna dan Ajak peluang untuk membuktikan mereka mampu untuk menjadi pengacara yang baik untuk program tersebut dan janganlah terus mengecam mereka. Kita tengok pula prestasi mereka minggu hadapan.