Walaupun sudah lama membawa haluan masing-masing, pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai masih lagi mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.
Terbaru, Fasha menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto ketika anak perempuannya yang cukup gembira dapat bertemu dengan ayahnya. Walaubagaimanapun, foto tersebut mengundang kritikan netizen apabila Jejai mencium bibir anaknya itu.
Ada yang berpendapat perkara itu adalah haram dan khuatir perkara itu seakan menggalakkan sumbang mahram berlaku. Eh, sampai begitu sekali pemikiran para netizen.
Pada pendapat kami, Fasha hanya ingin berkongsi momen indah dan kasih sayang seorang bapa dengan anaknya. Fikirlah positif dan jangan memberikan komen-komen tentang sesuatu perkara yang tidak elok. Apa-apa pun, kami harap keharmonian dan hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.