Netizen Kagum Lelaki Ini Beli Makanan Guna ‘Remote Control’

Kehidupan

Netizen Kagum Lelaki Ini Beli Makanan Guna ‘Remote Control’

Mesti ramai yang masih ingat kereta kawalan jauh ‘remote control’ yang suatu masa dahulu sangat popular dalam kalangan kanak-kanak mahupun golongan dewasa. 

3 years ago

Bantu Golongan Memerlukan Dengan Pakej Bakul Makanan Ini, Beli 'Online' Je

Advertisement

Kereta mainan ini sememangnya mempunyai peminatnya tersendiri sehinggakan ada sesetengah individu sanggup menghabiskan ratusan ringgit membeli dari pelbagai jenama dan saiz.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama halief telah memuat naik satu perkongsian di mana seorang lelaki di Indonesia menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli Nasi Padang.

Video yang dikongsikan oleh lelaki tersebut telah mendapat lebih 23 juta tontonan dan 14 ribu komen.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan telah mengubah suai kereta kawalan jauh itu dan menggantikan bahagian badan dengan kotak plastik.

Selain itu, untuk mendapatkan gambaran lebih jelas semasa mengawal kereta tersebut, lelaki tersebut menggunakan satu kamera yang dihubungkan ke kacamata VR (Virtual Reality) yang dipakai oleh lelaki itu.

Pada masa yang sama, lelaki berkenaan turut meletakkan walkie-talkie, sejumlah duit dan sekeping nota di atas kereta kawalan jauh itu.

“Macam mana dia pasang kamera”

Di ruangan komen pula, ramai netizen mempersoalkan bagaimana lelaki berkenaan memasang kamera dashcam di kereta kawalan jauh itu.

Netizen Kagum Lelaki Ini Beli Makanan Guna ‘Remote Control’

Sumber – TikTok wiwelgeng

Ini kerana jika dilihat video tersebut, gambaran seperti ia seolah-olah kamera yang dipasang sedang terapung mengikuti kereta mainan tersebut.

Lain daripada yang lain

Rata-rata warganet kagum dan memuji kebijaksanaan lelaki ini menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli barang kerana ianya tidak pernah dilakukan oleh sesiapa lagi.

Netizen Kagum Lelaki Ini Beli Makanan Guna ‘Remote Control’

Sumber – TikTok wiwelgeng

Ada juga netizen yang memberi komen berkata dia juga mahu mencuba tetapi risau kereta mainan ini diambil oleh kanak-kanak.

“Gua juga mau coba tapi takut di ambil anak kecil”

Apa-apa pun siapa sangka kereta kawalan jauh yang dahulunya hanyalah sebuah hobi dan permainan semata-mata tetapi kini dengan kreativiti ia boleh diubah suai untuk memudahkan urusan harian.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...