Written by Bella | August 9th, 2019

Hanya kerana dia memberikan pendapat dan mempertahankan aktor yang terpalit dengan kontroversi pukul bekas tunang serta menjalin hubungan songsang, pelakon berbakat besar Namron pula menjadi mangsa kecaman netizen.

pelakon namron

Tegas Namron dia berbuat demikian kerana ingin menegur tindakan melampau netizen yang sesuka hati menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tanpa sebarang usul periksa.

Namron menyifatkan tindakan netizen itu boleh diibaratkan seperti ikan belukang yang makan najis. Maksudnya setiap kali ada kontroversi pasti mereka mahu membuat andaian sendiri dan mengeluarkan kata-kata negatif.

namron pertahan syafie naswip

Yang bermasalah sekarang adalah netizen. Saya dapati netizen sekarang sudah semakin berani mengeluarkan komen yang mereka sendiri tidak fikir panjang.

Saya rasa tindakan seperti itu adalah tak betul, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu belum lagi didapati bersalah tetapi mereka sudah menghukum. Ia membuatkan saya terjentik hati untuk bercakap mengenainya.

namron netizen ikan belukang makan najis

Kalau bahasa kasarnya, ibarat ikan belukang yang makan najis. Di mana ada najis, mereka akan pergi. Mujur tidak semua netizen berfikiran begitu.

Terdahulu, Namron memuat naik sebuah video dimana dia mempertahankan pelakon yang terkait dengan dakwaan isu pukul dan hubungan songsang yang menjadi perbualan hangat sebelum ini. Mengenali aktor tersebut secara peribadi dan mengetahui budi pekertinya yang baik, Namron meminta agar netizen berhenti mencetuskan spekulasi liar dan melemparkan kata-kata kecaman.

Sumber Berita : mStar Online

18 responses to Netizen Ibarat Ikan Belukang Makan Najis – Namron Tegur Netizen Suka Jatuh Hukum Pada Artis

  1. Tok janggut says:

    Siapa ini namron…bakat taraf bakul sampah ada hati nk kutuk netizen…stakat plakun samoah mcm kau ni……dh tua exok dh xdo job.. mintak bantuan..nk mkn xda duit…sakit nk msuk hosp pun minta bantuan..pie lah kau namprong.. . Jgn sombong sampah..shebat mana pun kau ttap xdpt mdiri sama tggi dgn gunung..shebat dn skaya mana pun kau sampah ttap xdpt mnembusi bumi…sedarlh diri sikit bilamana periuk nasi kau hasil dr org yg kau hina…. Belukang mkn taik ttp belukang itu lh yg kau mkn sdr…

  2. LoLa says:

    Betul apa kata dia. Ko tgk netizen2 skrg..kdg2 mengeluarkan kata2 yg menghinakan seseorg.seolah2 si penulis tu tiada dosa dan sesenang hati menghentam artis. Bila artis nak saman; masa tu baru mengaku salah. Jgn kita sesuka hati menulis and menabur fitnah dlm media sosial. Kalau kena kat batang hidung sendiri; baru padan muka. Ingat; what goes around; comes around. Doa org teraniaya ini makbul.

  3. Namshit. says:

    Namrom baikot … Tak lama namron …..kau tu yg makan taik

  4. Anonymous says:

    Ouch but betul jugak..

  5. anonymous says:

    bukan semua artis.mamat ni je sorang dari dulu memang emo

Tinggalkan Komen Anda Di Sini