Written by Bella | August 9th, 2019

Hanya kerana dia memberikan pendapat dan mempertahankan aktor yang terpalit dengan kontroversi pukul bekas tunang serta menjalin hubungan songsang, pelakon berbakat besar Namron pula menjadi mangsa kecaman netizen.

pelakon namron

Tegas Namron dia berbuat demikian kerana ingin menegur tindakan melampau netizen yang sesuka hati menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tanpa sebarang usul periksa.

Namron menyifatkan tindakan netizen itu boleh diibaratkan seperti ikan belukang yang makan najis. Maksudnya setiap kali ada kontroversi pasti mereka mahu membuat andaian sendiri dan mengeluarkan kata-kata negatif.

namron pertahan syafie naswip

Yang bermasalah sekarang adalah netizen. Saya dapati netizen sekarang sudah semakin berani mengeluarkan komen yang mereka sendiri tidak fikir panjang.

Saya rasa tindakan seperti itu adalah tak betul, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu belum lagi didapati bersalah tetapi mereka sudah menghukum. Ia membuatkan saya terjentik hati untuk bercakap mengenainya.

namron netizen ikan belukang makan najis

Kalau bahasa kasarnya, ibarat ikan belukang yang makan najis. Di mana ada najis, mereka akan pergi. Mujur tidak semua netizen berfikiran begitu.

Terdahulu, Namron memuat naik sebuah video dimana dia mempertahankan pelakon yang terkait dengan dakwaan isu pukul dan hubungan songsang yang menjadi perbualan hangat sebelum ini. Mengenali aktor tersebut secara peribadi dan mengetahui budi pekertinya yang baik, Namron meminta agar netizen berhenti mencetuskan spekulasi liar dan melemparkan kata-kata kecaman.

Sumber Berita : mStar Online

18 responses to Netizen Ibarat Ikan Belukang Makan Najis – Namron Tegur Netizen Suka Jatuh Hukum Pada Artis

  1. Sang Peduh says:

    Bunga Mas 5…roger n out

Leave a Reply to Just saying Cancel reply