Netizen Desak Haneesya Hanee Padam Foto Seksi

Hiburan

Netizen Desak Haneesya Hanee Padam Foto Seksi

Biarpun dikecam teruk gara-gara viral sekeping foto ‘posing maut’ dirinya dilihat mengenakan tudung tetapi tampil seksi seakan tidak berpakaian, Haneesya Hanee nampaknya tidak ambil pusing dan enggan berbuat apa-apa mengenai perkara itu.

haneesya hanee tidak akan padam foto seksi

Advertisement

Didesak netizen untuk memadam foto seksi berkenaan, Haneesya menjelaskan dia tidak mempunyai hak untuk melakukannya tetapi jenama produk berkenaan.

haneesya hanee seksi

Bukan saya yang post gambar tu! Suruh brand tu padam sebab mereka yang post. Komen dekat sini buat apa? Tak ada kerja dah?

Terdahulu, Haneesya dituduh tidak menghormati agama Islam dan sengaja tampil dengan aksi melampau itu demi meraih publisiti murahan. Enggan salah faham terus timbul, Haneesya menjelaskan dia tidak pernah berniat mempersendakan agama dan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pemilik produk berkenaan memungkiri janji dengan berkongsi foto keseluruhan imej.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...