Netizen Dakwa Video KLCC Di Instagram Neelofa Ditujukan Buat Fattah Amin?

Hiburan

Netizen Dakwa Video KLCC Di Instagram Neelofa Ditujukan Buat Fattah Amin?

Beberapa jam sebelum majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura berlangsung, Neelofa ada memuat naik satu video di akaun Instagramnya yang menarik perhatian ramai. Ia merupakan video bangunan KLCC dengan kapsyen “Just looking at you makes me happy.”  Kalau anda masih ingat, fenomena Lofattah sebelum ini lebih hangat diperkatakan sebelum wujudnya hashtag Fattzura.

Advertisement

Keserasian dan kemesraan antara Neelofa dan Fattah memang nampak semulajadi sehingga digosipkan sedang hangat bercinta.

Rata-rata netizen mendakwa video KLCC tersebut sebenarnya ditujukan buat Fattah. Kalau ada yang tahu,  ada satu petikan daripada buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang berbunyiAku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan. Maka KLCC didalam video Neelofa adalah simbolik kepada diri Fattah.

Kami faham hasrat peminat Lofattah untuk melihat dua artis pujaan mereka ini kembali bercinta bersama sudah musnah apabila Fattah kini sah menjadi suami Fazura. Namun, ia tidak bermakna Neelofa belum “move on” daripada kisah mereka dahulu. Sebagai peminat, apa kata doakan yang terbaik sahaja buat Neelofa dan janganlah lagi mengungkit kisah lalu.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...