Netizen Cuba Bongkar Lokasi Sajat Selepas Kongsi Video Divaksin

Hiburan

Netizen Cuba Bongkar Lokasi Sajat Selepas Kongsi Video Divaksin

Sehingga kini pihak berkuasa masih gagal mengesan usahawan kosmetik Sajat yang menghilangkan diri selama berbulan-bulan. Ada yang mengatakan Muhammad Sajjad ini telah melarikan diri keluar dari Malaysia.

3 years ago

Sajat Diburu Polis Lagi, Bantu Siasatan Kes Tipu Maklumat Kad Pengenalan

Advertisement

Bagaimanapun, melalui aplikasi TikTok Sajat, dia berkongsi dirinya telah menerima suntikan vaksin dan ini membuatkan netizen geram kerana dia masih bebas.

Tanpa mendedahkan lokasi dia menerima suntikan, Sajat hanya memuatnaik rakaman petugas kesihatan sedang melakukan suntikan vaksin.

 

Berdasarkan tanda hashtag yang digunakan, dia kemungkinan menerima vaksin jenis Moderna ataupun Pfizer. Meskipun agak sukar untuk mengenal pasti lokasi Sajat, ada juga di kalangan netizen yang berpendapat Sajat kini berada di Thailand.

Ini apabila dia melihat jenis plug yang ada pada dinding dalam video itu bukanlah di Malaysia, tetapi digunakan Thailand.

muhammad sajjad

muhammad sajjad

Tajam betul mata korang kan? Apapun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kemaskini dari pihak berkuasa selepas menyatakan akan menangkap Muhammad Sajjad beberapa bulan yang lalu. Muhammad Sajjad Kamaruzzaman diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tiktok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...