Pada 30 Jun lepas, ketua pegawai eksekutif Berjaya Times Square, Chryseis Tan, memberitahu melalui akaun Instagramnya yang dia telah dilamar oleh pewaris Naza, SM Faliq SM Nasimuddin.
Perkahwinan mereka yang bakal berlangsung menarik minat ramai kerana keduanya berasal dari keluarga berprofil tinggi berlainan bangsa di Malaysia dan perhubungan antara keduanya juga sudah terjalin beberapa tahun. Chryseis ialah anak perempuan kepada jutawan bertaraf billionnaire, Tan Sri Vincent Tan.
Perkahwinan mereka disambut baik oleh sebilangan Netizen berbangsa Melayu yang menganggapnya seperti ‘drama pukul 7.00 petang jadi kenyataan’ namun berlainan dengan Netizen cina yang menganggap perkahwinan yang bakal berlangsung itu sesuatu yang memalukan.
@skinnyondinie
Translation: Chinese millionaire married to a malay heir. Netizens felt that it’s a humiliation. The songkok is disgusting.— Ceddy Lopez ? (@CedJLo) July 3, 2017
Portal berbahasa Cina Moretify melaporkan sebahagian besar Netizen cina meluahkan perasaan sebenar mereka tentang perkahwinan itu, dan perkahwinan antara individu berbangsa Cina dengan individu Melayu beragama Islam secara umumnya.
“Berkahwin dengan Muslim bermakna menambah seorang lagi kepada populasi Muslim di dunia ini.””
“Tak boleh makan babi lagi di dunia ini!”
“30 hari dalam setahun kena berlapar (puasa)!”
“Kahwin dengan lelaki bersongkok, bapanya Vincent Tan pasti marah!”
“Kasihan dia, dia akan terperangkap dengan agama yang tidak memberinya jalan keluar untuk sepanjang hidupnya. Walaupun setelah mati, jasadnya akan dicuri dari keluarganya jadi tidak dapat dikebumikan sebagai seorang cina. Kasihan. Anak-anaknya juga bakal mengalami nasib yang sama, tiada kebebasan untuk memilih sendiri agama yang ingin dianuti.”
Namun begitu, ada juga Netizen cina yang berpendapat tidak ada salahnya mereka bekahwin kerana mereka sudah bercinta sejak beberapa tahun lepas.
“LOL, pekahwinan antara berlainan bangsa bukan perkara baru. Jika orang ramai tak boleh menerima sesuatu seperti ini, apatah lagi perkahwinan dengan sama jantina? Memalukan mereka yang mengutuk gadis itu yang cukup berani membuat pilihan yang luar dari kebiasaan!”
Rasanya perkahwinan ini tidak akan menjadi isu jika Chryseis berkahwin dengan orang kulit putih, atau jika Chryseis hanya seorang wanita biasa, bukan seorang pewaris empayar bertaraf bilionwan.
Tambahan pula, sebelum ini abang Faliq, SM Nasaruddin juga berkahwin dengan pengacara televisyen berbangsa cina, Marion Caunter.
Malah percintaan mereka diketahui dan direstui oleh Tan Sri Vincent Tan. Jadi penulis rasa tidak mungkin dia marah dengan keputusan Chryseis. Bersama kita doakan perkahwinan mereka yang pasti menjadi wedding of the year itu dipermudahkan.