Written by Bella | May 23rd, 2017

Sekitar bulan lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan berita dimana waran tangkap dikeluarkan oleh LHDN terhadap pelakon Nelydia Senrose atas dakwaan beliau gagal untuk membayar cukai pendapatan.

Terkini, Nelydia memberitahu segala isu berkaitan hal cukai tersebut telah selesai dan beliau akui ada terlepas pandang beberapa perkara sebelum ini. Nelydia harap isu itu tidak lagi diperbesarkan.

Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN.  Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang. Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti.

Terdahulu, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Nelydia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan turut satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Sumber Berita : BH ONLINE

Comments are closed.