Neelofa Tidak Kisah Netizen Kritik Lakonannya Dalam Drama Red Velvet

Hiburan

Neelofa Tidak Kisah Netizen Kritik Lakonannya Dalam Drama Red Velvet

Drama adaptasi novel Red Velvet lakonan Neelofa dan Aliff Satar yang dinantikan ramai peminat drama tempatan sudah pun mula ditayangkan beberapa hari lepas. Boleh dikatakan ramai juga memuji lakonan Aliff sebagai Izzat tetapi ada pula sesetengah netizen yang mengkritik lakonan Neelofa sebagai Helena agak kayu.

Advertisement

Malah, ada yang berpendapat Neelofa tidak begitu sesuai untuk bergandingan dengan Aliff.

Tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya , Neelofa berharap peminat terus menonton drama tersebut sehingga ke akhirnya sebelum memberikan kritikan ataupun pendapat mereka.

Mereka terlalu awal membuat kritikan tanpa memahami jalan cerita. Cerita ini baru saja ditayangkan dan masih ada banyak episod lagi.

Lagipun babak saya menetap di rumah orang, takkanlah saya hendak redah saja. Nasihat saya kepada mereka yang mengkritik itu tonton dulu cerita berkenaan dan cuba faham jalan cerita.

Relaks dulu, baru sahaja beberapa episod ditayangkan jadi janganlah negatif dahulu. Seperti kata Neelofa, beri masa sedikit dan setia menonton episod-episod seterusnya. Pasti lakonan Neelofa juga akan bertambah baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...