Neelofa Terima Bayaran Lebih RM280k Untuk Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

Hiburan

Neelofa Terima Bayaran Lebih RM280k Untuk Jawatan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, bukan sahaja cantik dan popular, malah dia juga seorang wanita bijaksana yang mampu membina empayar perniagaan jutaan ringgit.

bayaran neelofa air asia

Advertisement

Kejayaan demi kejayaan diraih olehnya, mungkin ada yang lupa Neelofa juga telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerbangan terkenal iaitu AirAsia pada tahun 2018.

Pelantikan itu mendapat persetujuan sebulat suara ahli lembaga pengarah syarikat tersebut atas sebab Neelofa seorang yang bijak, mempunyai idea di luar kotak dan seorang ikon wanita muda yang berjaya di Malaysia.

bayaran neelofa air asia

Tidak dinafikan, ramai juga yang tertanya apa sebenarnya tugas Neelofa dengan jawatan yang begitu besar? Macam tiada sebarang perkembangan terkini mengenainya, tetapi tidak mustahil ianya rahsia syarikat dan mungkin ada sumbangannya yang tidak diumumkan.

Terbaru, resit bayaran Neelofa sebagai salah seorang ahli lembaga Safety Review Board untuk AirAsia pada tahun 2018 tular di Twitter. Kalau dilihat pada jumlah bayaran, memang lumayan betul iaitu sebanyak RM279,375 tidak termasuk elaun berjumlah RM8,000.

neelofa airasia neelofa airasia neelofa airasia

Ada segelintir netizen tidak faham dan agak keliru, mengapa pula  Neelofa dimasukkan di bawah Safety Review Board sedangkan dia langsung tiada latar belakang atau sebarang pengetahuan mengenai keselamatan penerbangan.

Mereka juga tertanya-tanya cadangan dan usaha apa yang telah dilakukan oleh Neelofa sehingga dia boleh menerima pendapatan sebanyak itu.

neelofa neelofa air asia neelofa

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat Neelofa memang layak untuk menerima bayaran tersebut dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Mungkin ada sahaja usahanya untuk mencetuskan transformasi baru untuk AirAsia cuma ia adalah rahsia syarikat.

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...