Neelofa Tak Faham Netizen Kaitkan Video KLCC Dengan Fattah Amin

Neelofa Tak Faham Netizen Kaitkan Video KLCC Dengan Fattah Amin

Baru-baru ini pelakon dan pengacara popular Neelofa telah memuat naik video KLCC yang dirakam sewaktu memandu keretanya. Tanpa disangka, ada pihak yang mengaitkan tindakan Neelofa memuat naik video itu kononnya ialah kerana dia masih terkenangkan Fattah Amin.

Ini kerana, Fattah Amin pernah menulis mengenai kebanggaanyya dapat menggunakan khidmat parkir Valet di KLCC setelah menjadi popular sebagai pelakon dalam buku 99 Kata-kata Fattah Amin. Melalui Melodi TV3 hari ini, Neelofa menafikan bahawa video itu sama sekali ada kaitan dengan pelakon yang kini menjadi suami Nur Fazura itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Neelofa memberitahu wartawan Melodi:

Ini yang saya tidak faham. Gambar KLCC yang saya muat naik bukan buat pertama kali. Apa salahnya sebagai rakyat Malaysia saya nak mengangumi KLCC?

Kebetulan hari itu saya lalu dan kereta saya betul-betul di bawah (KLCC). Dan ia sangat cantik dari sudut itu apabila kereta sedang bergerak. Kenapa orang naik kaitkan? Saya hanya tak faham. Tolonglah. Kalau selepas ini saya bergambar lagi di situ orang tetap nak kaitkan ke apa?

Neelofa juga berkata sudah malas melayan spekulasi Netizen yang disifatkannya tidak berasas:

Tak tahu nak cakap apa dah, dah banyak kali cakap macam-macam. Jadi saya rasa kena sabar banyak-banyak sebab orang nak cakap, cakap juga. Saya fikir, apa yang saya boleh lakukan dengan lebih lagi ialah bersikap baik pada semua orang dan menyebarkan positiviti. Itu saja.

Setahu penulis, Neelofa dan keluarganya mengenali Tun Mahathir secara peribadi jadi kapsyen yang ditulisnya “Just looking at you makes me happy.”  mengenai KLCC itu besar kemungkinan satu tribute buat bekas Perdana Menteri Malaysia itu yang telah mengilhamkan pembinaannya? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...