Neelofa Nafi Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Kembangkan Kerjaya Seni Di Indonesia

Hiburan

Neelofa Nafi Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Kembangkan Kerjaya Seni Di Indonesia

Bakal menginjak tiga siri pada tahun hadapan, ada ramai yang membawa mulut dan mengatakan bahawa Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, usahawan wanita itu sendiri telah tampil dan menafikan desas-desus kisah peribadinya itu.

neelofa nafi bakal berkahwin tahun hadapan

Advertisement

Jelas tuan punya badan, sekiranya ada perkhabaran yang baik, sudah pasti dia akan berkongsikannya bersama dengan peminat dan orang ramai.

Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok.
Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.

Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.

Neelofa juga menyatakan bahawa dia dan keluarganya tidak ada perbincangan langsung mengenai hal itu lagi.

Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.

Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Dia juga tidak lupa untuk berkongsi khabar gembira apabila dia menyatakan bahawa dia akan mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia tak lama lagi.

Hebat betul Neelofa ini! Sebelum berkahwin, pastinya dia mahu mencapai segala impiannya terlebih dahulu.

Sumber: ASTRO Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...