February 12th, 2019

Sekarang ini sedang panas dengan isu artis membuka tudung, buat Neelofa yang juga telah hampir lima tahun berhijrah merasakan beliau belum cukup layak untuk memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.

Menurut Neelofa, beliau juga tidak sempurna, imannya juga pasang surut tetapi bila beliau terasa dirinya rapuh serta semakin jauh dari landasan Allah SWT, beliau akan cuba untuk mendekatkan diri dengan agama.

Siapalah saya untuk ‘judge’ mereka ini semua. Lebih baik saya fikir positif agar rakan artis tidak terus tertekan. Dah banyak kita lihat artis-artis jauh tersasar kerana tekanan daripada netizen. Jadi, saya tak nak termasuk dalam kumpulan netizen yang memberi kata-kata cemuhan dan negatif dan menjauhkan lagi diri mereka (artis) dengan agama Islam.

Iman saya pun ada naik turun, sama dengan orang lain tetapi bila saya rasa jauh dengan Allah SWT saya akan mendekatkan diri dengan agama dan berzikir.

Agak sukar untuk memberikan sebarang komen mengenai isu sensitif seperti menutup aurat dan keputusan seseorang untuk membuka tudung. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza, namun jangan pernah memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik agar satu hari nanti individu itu akan kembali berhijab.

Sumber Berita : MHE TV


57 responses to “Neelofa Kongsi Rahsia Untuk Terus Istiqamah”

  1. Anonymous says:

    Bagus buat activity keagamaan macam ni.
    Pakai jubah handsock.. Complete lah.
    Tapi lepas tu pakai turban toncet balik.
    Buruk giler ok…. nampak jahat and muka mcm x happy jer. Ke memang tak happy?
    Skodeng Fattzura hari2 ke dia.
    Agak2 nye apa perasaan dia kalau Fattzura dtg AME and menang couple meletop. Mana dia nak lari…. takkan duk backstage jer.

Loading...