Neelofa Akui Fazura Adalah Pesaing Terdekat Untuk Raih Trofi Utama AME 2018

Hiburan

Neelofa Akui Fazura Adalah Pesaing Terdekat Untuk Raih Trofi Utama AME 2018

Walaupun sudah dua tahun berturut-turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) , selebriti popular Neelofa secara jujurnya mengakui Fazura adalah pesaing terdekatnya untuk merangkul anugerah tersebut. Seperti yang anda tahu, nama Fazura kini memang cukup hangat di dalam industri hiburan tempatan.

Advertisement

Persaingan adalah satu realiti. Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (tadi), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama.

Farah Nabilah juga ada kelebihan daripada segi undian dan bakatnya dalam lakonan sehingga meraih perhatian ramai. Bukan bermaksud saya tidak yakin dengan diri sendiri, sebaliknya, siapa pesaing saya dan kelebihan yang mereka ada.

Pada masa yang sama, Neelofa tidak kisah dengan segala kecaman yang diterima kerana secara tidak langsung ia membuatkan peminat setianya lebih kuat menyokong beliau.

Dengan kecaman inilah membuatkan peminat berdiri teguh di belakang dan membawa saya kekal bersama mereka. Mereka juga terus bekerja keras demi kerjaya saya.

Saya tak boleh menutup mulut orang daripada terus mengata. Apa yang saya boleh buat adalah kuatkan hati dan berusaha demi kerjaya seni dan perniagaan saya supaya menjadi inspirasi kepada orang lain.

Neelofa bukan sahaja berjaya membawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP tetapi memenangi dua kategori lain iaitu Fesyen TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP ( Drama Red Velvet).

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Saifullizan Tamadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...