Nazim Othman Tidak Kisah Dituduh Sebagai Lelaki Lembut

Hiburan

Nazim Othman Tidak Kisah Dituduh Sebagai Lelaki Lembut

Sangat teliti ketika bergaya, rajin berfesyen dan mengenakan solekan tebal, pelakon Nazim Othman dikatakan kelihatan semakin feminin. Malah, ada yang mendakwa sikap lembutnya itu semakin terserlah sejak bercerai. Imej metroseksual Nazim juga sering dikaitkan dengan isu mengatakan beliau gay.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Nazim sedikit pun tidak mempedulikan setiap tuduhan mahupun kritikan ramai. Apa yang penting itu adalah dirinya yang sebenar, tidak perlu berpura-pura.

Tolak ketepi semua itu. Inilah saya. Tidak kira bagaimana saya dilihat, saya sudah pergi jauh. Saya bangga dengan diri saya. Tidak semua orang mempunyai bakat, tetapi mereka bukan memberikan dorongan supaya kita memperbaiki diri, sebaliknya mahu melihat kita jatuh dan berhenti. Jangan sakit hati! Saya berdoa mereka bahagia dengan kehidupan sendiri dan berjaya pada masa depan.

Biasalah, sebagai seorang artis kena nampak kemas dan sering tampil dengan gaya baru untuk membuatkan diri mereka lebih diminati. Rasanya sejak beberapa tahun lalu lagi, ramai yang tahu Nazim memang sangat peka bab fesyen dan penjagaan dirinya serta suka bergaya ala artis Korea.  Sedikit – sebanyak memang ada femininnya itu dari dahulu lagi, bukan isu baru.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...