Nazim Othman Akui Ceraikan Bella Dally 2 Mei Lalu, Hati Sedang Rapuh

Hiburan

Nazim Othman Akui Ceraikan Bella Dally 2 Mei Lalu, Hati Sedang Rapuh

Setelah lama dihimpit gosip mengatakan rumah tangga mereka mempunyai masalah, akhirnya segala teka-teki terjawab saat Nazim Othman mengumumkan mahligai yang dibina bersama Bella Dally sudah pun runtuh setelah gagal mempertahankan perkahwinan mereka meskipun sudah mencuba sebaik mungkin.

Advertisement

Tentunya berita itu turut memberikan kesan kepada peminat mereka yang turut merasa sedih serta simpati dengan perceraian mereka. Menurut  Nazim, hatinya masih rapuh dan belum bersedia untuk menjawab pelbagai persoalan tentang perpisahannya itu.

Saya hanya mahu meneruskan hidup, tiada apa-apa yang boleh dikongsikan. Cukuplah luahan hati yang dibuat di laman Instagram. Saya rasa itulah yang terbaik buat masa ini. Bukan saya tidak mahu menjawab persoalan demi persoalan, tetapi hati saya rapuh dan belum bersedia. Tunggulah saya mendapat ketenangan jiwa terlebih dulu.

Apabila hati dan jiwa sudah tenang, mungkin saya diberikan kekuatan untuk berkongsi cerita. Saya membuat kenyataan di laman sosial hanya untuk memberitahu status kami, bukan menyebarkan cerita rumah tangga.

Salah dan silap, biarlah kami simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Kami mempunyai keluarga, yang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Nazim menceraikan Bella pada 2 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah. Mereka redha dengan ketentuan takdir dan tidak menyimpan sebarang perasaan dendam antara satu sama lain.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...