Nasib Restoran Burger Tempatan Ikonik: “Kedai Lawa, Jenama Terkenal, Tapi Kedai Kosong”

Trending

Nasib Restoran Burger Tempatan Ikonik: “Kedai Lawa, Jenama Terkenal, Tapi Kedai Kosong”

Katakan apa saja burger kegemaran anda, pastinya burger Ramly yang ikonik pernah anda beli dan rasa, serta suka. Jenama Ramly sebagai burger telah bertapak di Malaysia selama berpuluh tahun, sehinggakan sebuah rangkaian makanan segera tidak halal pernah menamakan burger mereka P. Ramly,  atau Pork Ramly sebagai tanda menghormati jenama tersebut (ketepikan dulu soal pelanggaran hakcipta).

ramlyanNamun begitu, seorang pengguna Twitter, Haziq Jamaludin telah memuat naik tiga gambar ke akaun Twitter menunjukkan sebuah outlet Restoran Francais Ramly di pusat beli belah Aeon BIG Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian, restoran itu lengang saja dalam gambar, tiada seorang pelanggan pun. Sama ada ia diambil pada masa yang tidak tepat, mungkin restoran baru dibuka awal pagi, tidak diketahui.

Advertisement


Haziq menulis tweet:

“Kedai dah lawa, brand famous, Malaysian favorite, harga murah, sedap pun sedap, tapi kosong. Semua makan kat McD kot.”

Tweet itu diretweet sebanyak lebih 11,000 kali dengan pelbagai pihak memberi pendapat mengapa gerai itu lengang. Ramly merupakan jenama yang bertapak di negara ini sejak 1979 dan layak dipanggil burger legenda. Mungkin peminatnya kini sudah memasuki umur 3.0 dan 4.0 series manakala generasi muda pula tidak begitu meminatinya berbanding era 80-an dan 90-an?  Ikuti pelbagai pendapat pengguna Twitter mengenai situasi tersebut:

Ada yang berpendapat, pemasaran dan promosi tidak dijalankan dengan baik.

Keadaan kedai yang lengang itu menimbulkan tanda tanya ramai Netizen dan ada yang berharap kuasa viral Twitter dapat membantu membawa pengunjung ke retoran tersebut kerana ia produk tempatan dan halal.
C0r8Y2DUAAAPHPw
C0r8Y2EUQAAvbr_
C0r8Y2sUAAAJ93G

Ada yang berpendapat, ia telah kehilangan faktor tarikan utamanya yang dikenali sebagai ‘burger tepi jalan’ dan apabila ia dijual di restoran yang cantik seperti ini, ramai tidak ‘mengenal pastinya’ sebagai burger Ramly yang ikonik.

screen-shot-2016-12-30-at-3-31-02-pm

Ada juga yang berpendapat harga burger yang agak murah menyebabkan orang yang mementingkan standard memilih untuk makan burger yang berharga lebih tinggi misalnya di McDonalds.

Rasanya ramai mempunyai kenangan dengan burger ikonik Ramly. Mengapa tidak kita ke sana, memandangkan ia jenama tempatan, harganya murah, portionnya lebih besar dan ia legenda dan nostalgik?-amazingnara.com

Sumber: @HaziqJamaludin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...