“Nanti Kami Periksa” – Sering Tunjuk Duit Tunai Berkepuk-Kepuk, LHDN Komen Video ‘Youtuber’

Kehidupan

“Nanti Kami Periksa” – Sering Tunjuk Duit Tunai Berkepuk-Kepuk, LHDN Komen Video ‘Youtuber’

Video dimuat naik olehnya sering mendapat perhatian dan menimbulkan kontroversi di mana-mana laman sosial.

Sehinggakan, setiap kali namanya timbul dan menjadi perbualan boleh dikatakan 99 peratus daripadanya adalah kerana perkara negatif.

Advertisement

Ada saja perkara dilakukan tuan empunya badan bernama Aisar Khaled ini yang membuatkan dirinya dikritik dan dikecam oleh netizen.

2 years ago

"Tak Malu Betul" - 'Show Off' Beli Rumah Umur 22 Tahun, Netizen Kantoikan 'Youtuber' Sebenarnya Sewa Je!

Paling ‘latest’, Aisar membuatkan netizen meluat dengan ‘content’ video dibuatnya kerana selalu menunjuk wang ringgit berkepuk-kepuk.

Netizen juga telah mendedahkan bahawa rumah yang kononnya dibelinya pada usia 22 tahun itu sebenarnya adalah rumah sewa sahaja.

Menerusi video terbaru dimuat naik olehnya semalam, Aisar telah menunjukkan tips untuk menyimpan duit agar menjadi jutawan.

Rakaman itu memaparkan Aisar menyimpan duit ratusan ringgit mengikut kategori ditetapkan seperti ‘Maintenance’, ‘Bil rumah’, ‘Percutian’ dan macam-macam lagi.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah komen daripada akaun rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberi gambaran bahawa siasatan bakal dilakukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...