Seperti yang anda tahu, dua bekas penyampai radio popular Faizal Ismail dan Fara Fauzana kini mempunyai program mereka sendiri iaitu FBI LIVE yang disiarkan secara langsung daripada “home studio” menerusi laman sosial Facebook.
Baru-baru ini YB Nurul Izzah telah diundang sebagai tetamu jemputan program tersebut. Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan hangat dan mengundang rasa bengang netizen sekarang ialah teguran biadap seorang lelaki bernama Azrul berhubung penampilan ahli politik itu.
Azrul menghubungi FBI Live semata-mata ingin menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk buah dadanya. Malah, Azrul menceritakan setiap butiran dengan lebih terperinci.
Lepas ini YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah. Pasal hari tu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan lelaki itu sangat tidak sopan dan menjatuhkan maruah Nurul Izzah.
Tiada masalah untuk menegur seseorang asalkan dilakukan dengan cara yang lebih berhemah. Agak memalukan mendengar setiap kata-kata lelaki tersebut kepada Nurul Izzah, penuh dengan kejijikan dan mungkin juga seorang “pervert” yang hanya mahu meraih publisiti murahan.