Nama Tak Disebut Ketika Perlawanan KL City VS JDT, Shahidan Kassim Kata ‘Sokay’

Berita

Nama Tak Disebut Ketika Perlawanan KL City VS JDT, Shahidan Kassim Kata ‘Sokay’

Kelmarin, status terkini Facebook milik Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim telah berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.

Ini berikutan kehadirannya ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disedari oleh hos yang bertugas.

Advertisement

Malah, ujar Shahidan, dia juga telah terlepas untuk bersama-sama meraikan kemenangan pasukan KL FC yang bergelar juara pada malam itu.

Semalam saya hadi perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City Champion. Tahniah. Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya. SOKAY.

Ketika momen meraikan kemenangan pasukan bola sepak itu, hos bertugas difahamkan hanya memanggil Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA, Khalid Abdul Samad dan juga Penasihat KL City, Tan Sri Annuar Musa untuk sama-sama turun ke padang bagi meraikan kejuaraan Piala Malaysia itu.

Dalam hantaran lain, Shahidan kemudiannya mengemas kini status Facebook dengan berjanji akan memberi ganjaran kepada pasukan KL City di atas kejayaan mereka itu.

Terdahulu, edisi ke 100 tahun usia persaingan Piala Malaysia yang berlangsung Sabtu lalu, KL City telah mengejutkan pasukan gergasi bola sepak tempatan iaitu JDT apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0.

Adham Baba
2 years ago

"Tiada Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia Sehingga Kini.."- Dr Adham Baba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...