“Nak Tunggu Ada VIP Tergolek Baru Repair” – Lantai ‘River Of Life’ Retak Teruk, Pengunjung Luah Rasa Kecewa

Kehidupan

“Nak Tunggu Ada VIP Tergolek Baru Repair” – Lantai ‘River Of Life’ Retak Teruk, Pengunjung Luah Rasa Kecewa

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ruud Irwan yang berkongsi keadaan terkini di salah satu tempat tarikan pengunjung di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran tersebut, Irwan meluahkan rasa kecewa apabila beberapa bahagian di  jambatan ‘River Of Life’ mengalami keretakan dan kerosakan serta jubin yang pecah dan tertanggal.

Advertisement

Menurutnya, projek ‘River Of Life’ yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib itu dikatakan mencecah billion ringgit namun tidak diselenggara dengan baik.

rol

Nak tunggu ada VIP tergolek kat sini baru repair kot. Sayang la tourist attraction jadi macam ni.

Malah, dia turut membuat aduan pada hari yang sama dan berharap tempat tarikan pelancong itu segera dibaiki dengan material yang lebih berkualiti.

rol

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen telah mendakwa hasil kerja pembinaan jambatan itu telah dilakukan dengan kurang baik kerana tidak tahan lama.

Hauk gile workmanship – netizen.

Kelemahan utama dekat Malaysia. Projek gah gah, tapi maintenance kelaut,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

makcik
5 bulan lalu

(VIDEO) “Dah 2 Bulan..” - Tidur Di Kaki Lima Sampai Mengganggu Peniaga, Netizen Tanya Mana Anak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...