May 31st, 2019

Setiap tahun pastinya selebriti Rozita Che Wan akan berkongsi persiapan baju raya dirinya dan keluarga. Setiap pakaian yang ada, mengikut tema berbeza. Ramai juga yang bermain teka-teki, agaknya berapa pasang baju pula Che Ta akan gayakan pada Syawal tahun ini.

Bagaimanapun, tahun ini Che Ta enggan berkongsi jumlah persalinannya kerana tidak mahu ia menjadi satu isu besar dan dikecam netizen.

Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti.

Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini.

Saya sudah malas apabila niat sekadar menjawab pertanyaan media disalah erti hingga dijadikan segelintir warganet sebagai modal untuk mengecam.

Katanya, ada baju raya tahun lalu yang belum sempat digayakan dan ada pula pakaian yang sudah dipakai dan dijual semula di Instagram. Agak mengejutkan ada individu yang sanggup untuk membeli baju Che Ta yang paling mahal dijual pada harga RM3000.

Sumber Berita : BH ONLINE


20 responses to “Nak Tahu Sangat, Kira Sendiri Hari Raya Nanti – Che Ta Serik Jawab Isu Baju Raya”

  1. mutu says:

    ingat aku kisah

  2. bong cit says:

    xyah la nk vogue sgt la smpi berpasang2 mengalahkan budak..dh tua pun lagi pun ke dapur gak ko ti nek ta…gigih nar

    • Anonymous says:

      Entoh..semenjak diistiharkan itu hari..apa benda tah lupa dah, makin menjadi2 dressing dia

  3. faraj says:

    kaya sgt kalo tunjuk lah ..hari Raya bawak Ferrari…kikiki

  4. faraj says:

    gaji Driver pun lembab nk bayor….! ader hati nk poyo…Che Ta boleh join Linda Rafar yg bayar sinngit spital ada hati nk saman Doc Juta2..dua2 boleh join Maharajalawak 2020..wakakakaka

  5. wekkkkkkk says:

    dulu zmn BN, ko kecohkan berapa psg baju, zmn PH ko senyap..bukankah skrg perlu istihar semua benda termasuk pakaian..mesti dgr ckp PM ye Che Ta..dia idola kau..

    kihkihkihkihkih

Loading...