Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Nak Selamatkan Atau Putuskan Nyawa Orang?” Suhaimi Saad Pertahan Pendirian Bergelar Anti-Vaksin

Suhaimi Saad Ina Naim

Bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad mempertahankan pendiriannya sebagai seorang daripada golongan anti vaksin apabila dia tampil mempersoalkan keberkesanan vaksin tersebut dan mendakwa ianya tidak menjamin apa-apa pada tubuh badan manusia malah memudaratkan.

Tambahnya lagi, dia turut menerima beberapa berita mengenai kesan sampingan vaksin COVID-19 malah ada yang menyebabkan kematian.

Advertisement

Mengakui menerima berita-berita tersebut menerusi sebaran di aplikasi Whatsapp, Suhaimi Saad berkata masih terdapat cara lain untuk meningkatkan sistem imunisasi badan manusia dalam usaha untuk melawan wabak ini.

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

“Banyak lagi cara lain la nak kuatkan sistem imun. Nak suntik untuk apa sampai ramai yang dah mati. Nak putuskan rantaian ke nak putuskan nyawa orang?” tulis suami kepada penyanyi Ina Naim ini lagi.

Pendapat Suhaimi itu dikongsikannya menerusi sebuah hantaran di media sosial Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Dia dalam pada itu juga memberitahu bahawa sudah hilang kepercayaan terhadap keupayaan Kementerian Kesihatan dan juga kerajaan Malaysia yang menetapkan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang baginya hanya ingin cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan bilangan kes COVID-19 di negara ini.

Suhaimi juga mempertikaikan SOP yang ditetapkan pada rumah ibadat seperti masjid dan surau serta membandingkan situasi dalam negara dengan negara-negara yang lain.

“Mereka ini sebenarnya nak jual ubat. Nak rosakkan Islam. Nak bunuh orang. Tak nampak lagi ke?” tulisnya panjang lebar dalam hantarannya itu.

Sekadar info, Suhaimi Saad dan Ina Naim telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. aku tetap aku

    April 27, 2021 at 9:54 am

    Palatao la SS ni.. huahhah. sikit2 nak kaitkan ngan Islam.. aku je ke rasa semua antivaxx ni muka kepam 24/7.. tak da seri terus.

  2. Anonymous

    April 27, 2021 at 8:01 am

    apa benda lh dia ni…. manusia pelik

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top