Nak Pergi Bercuti Tapi Takut Gelap Sebab Terik Matahari? Ini Penyelesaiannya

Hiburan

Nak Pergi Bercuti Tapi Takut Gelap Sebab Terik Matahari? Ini Penyelesaiannya

Cuti sekolah tiba lagi. Inilah masa terbaik untuk membawa keluarga tercinta pergi bercuti. Dalam Malaysia pun banyak tempat-tempat best untuk dilawati seperti Legoland di Johor Bahru, mandi pantai di Pulau Tioman dan melawat tempat bersejarah di Langkawi. Bercerita pasal cuti ini, teringat percutian Abang Nara sekeluarga ke Pulau Pinang pada cuti sekolah yang lalu. Seronok sangat-sangat.

Aariz dan Arissa memang gembira sungguh dapat jalan-jalan di Penang. Happy tak terkata

Akan tetapi, setiap kali pergi bercuti, pasti kulit kami sekeluarga akan menjadi satu tona lebih gelap akibat sinaran matahari yang amat terik. Mengikut kajian, punca sebenar kulit kita berkedut, nampak lebih tua, warna yang tidak sekata dan menjadi semakin gelap adalah kerana sinaran UV matahari.

Advertisement

Sinaran UV matahari menyerang sehingga ke dalam sel-sel kulit, sekaligus membuatkan kulit kita kurang bersinar dan membuatkan kita tampak lebih berusia daripada umur sebenar.

ini antara kesan sinaran UV matahari kepada kulit kita. Takut kan?

Selaku seorang blogger yang sering menghadiri event dan bertemu client, Abang Nara haruslah menjaga penampilan. Kalau satu badan dah macam kena bakar, orang pandang pun kurang selesa. Abang Nara pun akan rasa rendah diri. Untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang, Abang Nara telah membuat sedikit kajian dan menemui penyelesaian untuk menghalang sinaran UV matahari merosakkan kulit ini. Penyelesaiannya ialah:-

penyelesaiannya tak lain tak bukan minuman Kinohimitsu UV-Bright

Inilah minuman Kinohimitsu UV-Bright yang sangat-sangat popular. Ia mengandungi ekstrak biji anggur dan bahan pemutih seperti Grape Polyphenols, Apple Polyphenols dan Vitamin C. Tiada gula, tiada bahan additives, tiada bahan pewarna, tiada bahan kimia dan juga tiada sebarang perasa tiruan. Memang 100% semulajadi. Dijamin tiada sebarang kesan sampingan yang bakal memudaratkan sekiranya anda meminum Kinohimitsu UV-Bright ini.

Perkara pertama yang perlu kita ketahui apabila meminum satu botol Kinohimitsu UV-Bright ini ialah ia akan memberikan perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV matahari selama 9 jam. Ini bermakna kulit kita tidak akan terbakar walaupun berjemur di tengah panas. Senang cakap, bahagian luar kulit kita confirm selamat dengan Kinohimitsu UV-Bright ini. Memang sesuai sangat untuk anda yang merancang nak pergi bercuti ke tempat-tempat panas sama ada di dalam atau di luar negara. Sebelum keluar daripada hotel tue, minum dulu sebotol. Barulah boleh pergi bersiar-siar dengan hati yang tenang.

Kehebatan kedua minuman Kinohimitsu UV-Bright ini ialah ia telah terbukti secara saintifik memberikan impak positif kepada kulit kita dari dalam. Kesannya boleh nampak dalam masa 6 hari sahaja. Antaranya seperti mengurangkan pigmentasi pada kulit, mencerahkan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam dan juga memastikan kulit kita tidak kelihatan tua berbanding usia sebenar. Power kan? Senang cakap, dengan Kinohimitsu UV-Bright, luaran dan dalaman kulit kita akan terjaga rapi sepenuhnya.

Dan apa yang paling Abang Nara suka tentang Kinohimitsu UV-Bright ini ialah harganya yang sangat-sangat berbaloi dengan segala faedah yang bakal kita terima. Cuma RM39.90 sahaja (harga asal ialah RM95.30). Bukan itu sahaja, kotaknya yang sederhana besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana tak kira di mana sahaja destinasi percutian.

Abang Nara dah tak sabar nak pergi bercuti dengan penuh ketenangan bersama Kinohimitsu UV-Bright ini. Tak payah nak risau pasal sinaran UV matahari lagi. Pagi-pagi je terus minum sebotol dan boleh pergi berjalan sakan tanpa sebarang kerisauan. Anda pula bagaimana? Maklumat lanjut layari Facebook Kinohitmisu Malaysia dan juga LAMAN RASMI KINOHIMITSU. Selamat mencuba!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...