“Nak Murah Ajar Sendiri..” – Netizen Berang Pelajar Kedekut, Kelas Mengaji Al-Quran RM30 Seminggu Didakwa Mahal

Kehidupan

“Nak Murah Ajar Sendiri..” – Netizen Berang Pelajar Kedekut, Kelas Mengaji Al-Quran RM30 Seminggu Didakwa Mahal

Bergelar seorang pendidik pastinya akan menemui pelbagai jenis dan ragam pelajar ketika dalam proses mengajar dan pembelajaran.

Apatah lagi bergelar guru agama di mana tidak semua orang mampu melakukannya kerana seseorang itu perlulah mempunyai ilmu yang cukup dan luas bagi mengajar anak murid mereka.

Advertisement

Namun begitu, tidak ramai yang sanggup mengeluarkan belanja dari segi upah mengajar kerana dirasakan ilmu agama seperti pengajian naskah Al-Quran sebagai sesuatu yang ‘mudah’ dan tidak berbaloi.

Begitulah perkongsian seorang pengguna Twitter ini di mana dia ada memuat naik tangkap layar perbualan antara seorang guru mengaji Al-Quran dan individu yang bertanyakan mengenai yuran serta jadual pengajaran.

Guru Al-Quran tersebut memaklumkan bahawa yuran pengajian hanyalah RM30 untuk kelas yang diadakan pada setiap hari Isnin sehingga Rabu malah turut berpeluang untuk mengerjakan solat jemaah Isyak bersama-sama di akhir waktu kelas.

Namun, penjelasan itu mendapat reaksi yang mendukacitakan daripada individu tersebut kerana dia merasakan yuran sebanyak RM30 itu terlalu mahal.

Bukan bayar seikhlas hati ke ustazah? Kalau kelas tuisyen tak apalah nak bayar. Benda akademik pentingkan untuk cari kerja. Lepas tu susah nak ajar akademik ni. Tapi ni kelas mengaji. Ajar macam tu je. Tak susah kan?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berang dengan sikap individu itu yang mempersoalkan isu keikhlasan dan tahap kesusahan sesuatu ilmu itu.

Komen TwitterSumber : Twitter 

Kata netizen, yuran RM30 untuk tempoh pengajian seperti itu dianggap sangat murah pada zaman sekarang ini dan sepatutnya dikenakan cas yang lebih tinggi daripada itu.

“Kalau awak cakap senang nak ajar, buat la sendiri. RM30 untuk ilmu agama pun berkira. Ish geram betul!” kata netizen.

Servis kereta 58k pakai wang tunai
11 bulan lalu

(VIDEO) Lelaki Ini Bayar 'Cash' RM58K Servis Lamborghini, Tapi Ramai Yang Persoal Resit Kedai Tomyam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. Anonymous

    March 16, 2022 at 1:22 pm

    ade ustaz yg mengajar free sbb nak pahala

  2. Anonymous

    February 23, 2022 at 12:49 pm

    propa je ni? mana ada orang bangang sangat nak reply “Ajar macam tu je. Tak susah kan?” mana ada wei. ni propa mamat ni tuk promo kelas mengaji dia je. nak bagitau kelas mengaji dia harga berpatutan and mailah pakat2 ramai2 enroll. korang ni netizen malaysia memang jenis senang kena bodo tu je aku nak cakap