“Nak Lihat Senyuman Lebih Ramai Orang” – Pasar Raya Ustaz Ebit Lew Bakal Dibuka Julai Nanti

Hiburan

“Nak Lihat Senyuman Lebih Ramai Orang” – Pasar Raya Ustaz Ebit Lew Bakal Dibuka Julai Nanti

Rasanya umum mengetahui bahawa pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew ada berkongsi hasrat untuk membuka pasar raya dengan harga yang murah sebelum ini.

Niat tersebut bukanlah gurauan semata-mata apabila pendakwah itu mendedahkan bahawa 10 cawangan Elews Mart sedang melalui proses pengubahsuaian dan bakal dibuka untuk kunjungan pelanggan tidak lama lagi.

Advertisement

Terbaru, Ustaz Ebit Lew berkongsi satu berita baik di mana kesemua cawangan pasar raya yang bertempat di sekitar Lembah Klang tersebut akan dibuka secara rasminya pada pertengahan bulan Julai nanti.

Bahkan lelaki itu tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Nestle yang langsung tidak segan untuk berkongsi ilmu mengenai sistem pergudangan bagi memudahkan proses pengendalian barangan di Elews Mart nanti.

Bukan itu sahaja, difahamkan bahawa para pengilang dan pemborong juga memberikan sokongan yang padu untuk pembukaan pasar raya baru ini.

10 cawangan itu terletak di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Hebat!

 

View this post on Instagram

 

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate . Pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart . Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua. Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dengan kerjasama semua pihak, Elews Mart menjanjikan harga paling murah buat pelanggan yang akan berkunjung ke pasar raya itu kelak. Bahkan Food Bank juga akan disediakan kepada setiap pasar raya yang memerlukannya.

Ustaz Ebit Lew turut menjelaskan bahawa dia bahagia apabila dapat membantu orang yang memerlukan bahkan ini adalah impiannya sedari kecil lagi.

“Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.”

Semoga bantuan ini dapat terus menceriakan hari-hari Ustaz Ebit Lew dan juga golongan yang memerlukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...