Belum bertemu pengganti selepas putus tunang dengan penyanyi Awi Rafael, pelakon Atikah Suhaime mendapat perhatian ramai apabila berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.
Atikah mendambakan lelaki yang berperut buncit dan mempunyai kewangan yang stabil. Tidak kisah sekiranya berjodohan dengan lelaki yang berbeza umur dengannya, tua ataupun muda.
Ramai juga lelaki yang ingin mencuba nasib, mengambil hati pelakon itu dan membuktikan mereka mempunya ciri-ciri lelaki yang didambakan Atikah.
Bagaimanapun, ada sesetengah netizen menyindir mengatakan Atikah sebenarnya memberikan bayangan dia mahukan seorang jejaka yang kaya dan berpangkat.
Tedahulu, Atikah mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu.