Nak Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

Hiburan

Nak Jenis Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih Vaksin

Pelakon dan personaliti TV terkenal, Ifa Raziah yang mesra dipanggil Miss Diva di media sosial tampil menafikan sesetengah netizen yang menuduhnya sengaja membatalkan proses vaksinasi kerana tidak mendapat jenis vaksin yang diinginkan iaitu Pfizer.

Dia yang dikecam hebat kerana diidakwa memilih jenis vaksin, Ifa sebelum itu ada memuat naik hantaran di laman TikTok di mana dia menulis “Cancel (batal) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC”.

Advertisement

Ia sekaligus menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan netizen. Berikutan dengan itu, Ifa tampil menjelaskan bahawa dia mempunyai penyakit dan vaksin jenis Pfizer sahaja yang sesuai untuk keadaan dirinya.

Dalam satu hantaran lain yang dimuat naik di Instagram, Ifa menafikan bahawa dia memilih jenis vaksin yang ditawarkan secara percuma oleh kerajaan itu.

Ifa Raziah
3 years ago

"Doakan Saya.." Sedar Diri Jahil, Ifa Raziah Ambil Kesempatan Berlatih Berhijab Di Bulan Ramadan

Ifa Raziah PfizerSumber : TikTok Ifa Raziah  

 

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera. Cuma setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac..”

Dia walau bagaimanapun tidak mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya dan turut menunjukkan sepucuk surat sebagai rujukan untuk mendapatkan vaksin yang bersesuaian sahaja.

Tambah pelakon drama Janda Kosmopolitan ini lagi, ia bukan soal melancong ke luar negara ataupun kualiti vaksin yang berbeza namun keadaan kesihatannya yang memaksa untuk dia mendapatkan vaksin jenis itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...